Putrajaya, Mac.
Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan agensi yang terbabit dalam mengendalikan permohonan visa Malaysia untuk pekerja asing warga Bangladesh.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata majikan kini boleh membuat permohonan eVisa secara terus ke sistem MYVISA milik Jabatan Imigresen.
“Kerajaan memberikan id aktif dan manual pengguna kepada majikan yang berkait dengan penggajian pekerja asing warga Bangladesh untuk membuat permohonan visa,” katanya dalam satu kenyataan.
Saifuddin juga mempertahankan keputusan kerajaan membatalkan kuota pekerja asing yang masih belum diisi selepas 31 Mac. Di bawah kuota ini, majikan mempunyai masa hingga 31 Mac untuk membawa pekerja ini ke Malaysia selepas visa mereka diluluskan.
Katanya, keputusan itu dibuat secara bersama oleh KDN dan Kementerian Sumber Manusia dengan mengambil kira elemen keselamatan dan ketenteraman awam.




















