Hujan, ribut petir hingga Ahad

Kuala Lumpur, Dis 29.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di kebanyakan negeri bermula hari ini sehingga Ahad.

Ramalan cuaca itu dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di laman X rasminya.

Mengikut ramalan, pagi ini, hujan di satu dua tempat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Pada sebelah petang pula, Putrajaya diramalkan ribut petir di beberapa tempat. Selain itu, ribut petir juga diramalkan di satu atau dua tempat di seluruh negara kecuali Perlis.

Malam ini juga hujan di satu atau dua tempat diramalkan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor serta Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah diramalkan mengalami hujan di satu atau dua tempat pada pagi esok.

Pada waktu petang pula seluruh negara diramalkan mengalami ribut petir di satu dua tempat.

Malam esok, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah diramalkan hujan di satu dua tempat.

Sementara itu pada pagi Ahad, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dijangkakan mengalami hujan di satu dua tempat.

Sementara itu, pada sebelah petang, ribut petir diramalkan melanda di satu dua tempat di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Sarawak dan Sabah.

Pada waktu malam pula diramalkan hujan di satu dua tempat kecuali di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here