Beregu No. 1 dunia kalahkan oleh Pearly-Thinaah

Kuala Lumpur, Mac.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar kejutan apabila menumbangkan pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan kedua Seluruh England, lewat malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu, Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-15 dunia mencatat kemenangan 22-20, 21-16 ke atas Qing Chen-Yi Fan sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir.

Ia merupakan kemenangan pertama mereka ke atas lawan berkenaan selepas tewas dalam lima pertemuan sebelum ini.

Menurut Thinaah, mereka tidak membiarkan kekurangan dialami lawan mengganggu rentak permainan mereka.

“Kami hanya mengingatkan diri untuk fokus dan tidak terlalu memikirkan tentang kecederaan lawan. Ini semua mengenai melaksanakan strategi kami dengan baik dan mengurangkan kesilapan kami,” katanya.

Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto bagi perebutan tiket ke petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here