Kuala Lumpur, Mac.
Pencipta mesin karaoke Shigeichi Negishi meninggal dunia pada usia 100 tahun semalam di Jepun.
Beliau mencipta mesin karaoke pada tahun 1967 selepas mendapat idea menghasilkan mesin yang membolehkan sesiapa sahaja menyanyikan lagu kegemaran mereka apabila diperlukan.
Shigeichi Negishi mempunyai tabiat mendengar rancangan radio Pop Songs without Lyrics setiap pagi di Jepun yang
disiarkan secara minus one di Jepun.
Pada satu pagi beliau ditegur kakitangan syarikat Nichiden Kogyo di mana beliau bekerja kerana menyanyi seorang diri ketika memasuki pejabat. Beliau kemudian mendapat idea menggunakan rakaman pita 8 trek siaran Pop Songs without Lyrics yang kemudian digabungkan dengan sistem speaker, mikrofon dan mesin kutipan wang.
Dengan mesin ini beliau boleh menyanyi dengan sokongan muzik latar belakang apabila diperlukan.
Prototaip pertama dihasilkan dalam masa tiga hari dengan bantuan seorang jurutera.
Lagu pertama yang dimainkan pada mesin karaoke ialah Mujo No Yume yang popular di Jepun.
Karaoke ialah gabungan dua perkataan “kara” untuk kosong dan “oke” untuk orkestra.Mesin karaoke pertama yang dihasilkan oleh Shigeichi ialah Sparko Box dengan lampu berkelip di hadapan dan pemain pitar 8 trek yang boleh ditukar mengikut lagu yang ingin dimainkan. – Amanz
#





























