MH370 Jangan terlalu berharap kejayaan – PM

Hamburg, Mac.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mengingatkan agar harapan tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahun lalu, selepas sebuah syarikat robotik moden menyatakan kesediaan untuk meneruskan pencarian pesawat itu, lapor Agensi Berita Jerman.

Seramai 239 orang, termasuk lebih 150 warga China dan 50 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat itu apabila ia hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dalam apa yang dianggap sebagai satu daripada misteri paling menghantui dunia penerbangan.

Beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 tragedi MH370 bulan ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa pencarian baharu untuk serpihan pesawat itu akan dilancarkan oleh firma Amerika Syarikat, Ocean Infinity.

Anwar berkata, keputusan mungkin akan diambil dalam beberapa minggu akan datang, selepas menyemak cadangan oleh syarikat yang berpangkalan di Texas itu. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa waris penumpang yang hilang tidak seharusnya terlalu mengharapkan sebarang kejayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here