‘You touch you go’, amaran menteri

Shah Alam, Mac.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi amaran pendidik atau kakitangannya yang terbabit dengan kesalahan gangguan seksual terhadap murid akan dipecat.

Menegaskan perkara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) komited menyediakan sekolah sebagai tempat paling selamat selepas rumah terutama daripada gangguan seksual yang boleh menghancurkan masa depan seseorang murid.“You touch you go (kamu sentuh kamu pergi),” katanya berucap pada Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual.

Fadhlina berkata isu gangguan sememangnya dekat dengan KPM, malah beliau sendiri pernah bertemu dengan mangsa yang turut membabitkan murid di institut agama.Tegas Fadhlina, cabaran KPM semakin besar kini kerana mereka bukan hanya melindungi kanak-kanak perempuan tetapi juga lelaki.

Sebagai komitmennya, beliau berkata KPM telah melancarkan Program Sekolah Selamat yang antara pengisiannya menyediakan persekitaran bebas dari gangguan seksual menerusi pengenalan garis panduan khas.

“Ini juga termasuk dalam konteks sukan yang kita buat dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan supaya murid merasa selamat laksana aktiviti sukan,” katanya.

Menurutnya, KPM juga akan menambah guru kaunseling di setiap sekolah sebagai persediaan untuk berdepan kes gangguan seksual.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here