Ngeri, adik rentung depan mata!

Alor Setar, Mac.
“Saya dah cuba selamatkan adik dengan menariknya keluar ketika bas sedang terbakar, tetapi badannya tersepit di tempat duduk pemandu,” kata M. Manivannan, 50.

Dalam kejadian pada 3.55 pagi, adiknya M. Jayakumar, 48, yang memandu bas ekspres ditemukan rentung selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan itu terbakar.

Kemalangan berlaku apabila bas ekspres dipandu Jayakumar melanggar sebuah treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara dekat Gurun, awal pagi semalam. Menurut Manivannan, bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur membawa empat penumpang menghala ke Hatyai, Thailand.

Mereka bertolak dari Kuala Lumpur pada 9.30 malam Sabtu, sebelum singgah di Ipoh, Perak dan meneruskan perjalanan.

“Pada mulanya saya memandu bas itu sebelum adik mengambil alih memandu pula pada 2.30 pagi ketika singgah di Alor Pongsu, Perak.

“Saya kemudian tidur di belakang bas dan tidak lama kemudian terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak kepulan asap.

“Saya berlari untuk menyelamatkan adik, tetapi tidak berdaya kerana dia tersepit sebelum berlari ke belakang untuk menyelamatkan penumpang dengan membuka pintu kecemasan,” katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.Menurut Mannivannan, dia kemudian cuba membantu adiknya sambil menjerit namanya berkali-kali supaya dia sedar, namun hanya terdengar dengusan nafas adiknya yang ketika itu masih hidup.

Dia cuba mengumpil tingkap pemandu bas berkenaan, namun gagal apabila api merebak dengan cepat menyebabkan jari telunjuk saya luka dan berdarah.

“Saya cuba berkali-kali untuk keluarkan adik hinggakan ada beberapa pemandu kenderaan cuba membantu sama tetapi gagal.

“Saya jerit sambil menangis, Jayakumar… Jayakumar… tetapi adik dipercayai dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum bas berkenaan hangus terbakar,” katanya.

Menurutnya, mendiang baru tiga bulan bekerja di syarikat bas ekspres berkenaan sebagai pemandu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here