Covid-19 kes baru 2,882

covid

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,882 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,764,354. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 0.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Johor ( pertambahan 13.1 peratus) telah meningkat. Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 1) di mana 3,386 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (786), Johor (426), Kelantan (350), Pahang (268)Sabah (264), Kedah (254), Pulau Pinang (206), Kuala Lumpur (191), Melaka (182), Perak (164), Terengganu (130), Negeri Sembilan (97), Sarawak (24), Perlis (22), Putrajaya (20),    Labuan (2).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here