Pekerja kilang jatuh dalam tangki

Kulim, Mac.
Seorang pekerja kilang patah kaki dan bahu selepas terjatuh dalam tangki sedalam 3.65 meter di kawasan kilang itu di Kulim Hi Tech, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 8.58 malam sebelum mengarahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi Tech diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mat Puat Ghazali tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

“Operasi turut dibantu dua anggota dari BBP Kulim.”Sejurus tiba didapati pekerja warga Bangladesh berusia 25 tahun itu masih berada di dalam tangki berkenaan dipercayai terjatuh.

“Mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan bahu, tindakan yang dilakukan anggota bomba adalah dengan memberikan rawatan awal sebelum mengeluarkan mangsa daripada tangki itu menggunakan ‘rope resque’ dan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim oleh ambulans Kementerian Kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here