TNB dicadang beri rebat bil elektrik

Kuala Lumpur, Mac.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik bagi Januari hingga Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.

Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata rebat itu dicadang hanya diberikan kepada rumah bernilai RM300,000 ke bawah bagi penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka.

Kami di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan amat terkesan dengan keadaan gelombang haba ini. Kehidupan harian menjadi lebih mencabar.

“Secara langsung, kos penggunaan elektrik menjadi berlipat ganda berikutan penggunaan pendingin hawa dan kipas yang berpanjangan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here