Harga beras putih import akan turun

Putrajaya, Mac.
Harga jualan runcit Beras Putih Import (BPI) turun antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pada masa ini, BPI dijual dengan harga sekitar RM38 hingga RM45 untuk pek 10kg, dan dengan pelarasan baharu, harga runcit BPI pek sama dijangka turun kepada RM35. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, keputusan itu yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), dibuat bagi menangani isu kekurangan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran susulan pelarasan harga BPI oleh Bernas pada 1 Sept lepas.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah, kerajaan bersetuju supaya penurunan harga jualan runcit BPI antara RM2 hingga RM3 di pasaran dilaksanakan.

Tambahnya, melalui kaedah itu, bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran pada April ini.

“Kesemua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here