Home Bahasa Malaysia Wanita didakwa bunuh kekasih

Wanita didakwa bunuh kekasih

Kuala Langat, Mac.
Seorang model sambilan wanita didakwa membunuh teman lelakinya di Mahkamah Majistret Telok Datok, di sini pada Jumaat.

A.Tamilselvi, 26, yang memakai baju lokap ungu, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Maslinda Selamat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, memandangkan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh V. Gawsigan, 26, di sebuah unit kediaman Rimbayu Perennia Jalan Flora 3D/6, di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sekitar jam 5.30 pagi, 11 Mac lalu.

Bekas pelajar perubatan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam, Ethan Tan yang mewakili tertuduh, memohon anak guamnya itu dirujuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan mental.
“Saya difahamkan anak guam saya ada ‘bipolar disorder’ (BPD) malah, dia juga seperti tidak dapat memahami apabila saya menjelaskan kepadanya berhubung hari kejadian.
“Tertuduh juga mempunyai masalah penyakit jantung dan dia memerlukan bantuan bateri untuk denyutan jantungnya,” katanya. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here