Lelaki maut ditumbuk warga asing

Petaling Jaya.Mac.
Perselisihan faham yang berlaku menyebabkan seorang lelaki maut selepas ditumbuk lelaki warga asing di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata dalam kejadian jam 1 pagi, lelaki warga asing berusia 40-an terbabit dikatakan terlanggar badan mangsa berusia 40-an sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Beliau berkata, suspek yang tidak berpuas hati selepas mangsa ada menendangnya sedikit, terus melepaskan satu tumbukan.

“Akibat tumbukan itu mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.”Susulan itu polis menahan lelaki warga asing terbabit bagi membantu siasatan dan direman sehingga Jumaat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Shahrulnizam berkata, rakan mangsa yang terbabit dalam pergaduhan itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here