Bagasi berisi RM500,000 tak dituntut

Shah Alam, Mac.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 masih belum dituntut biar pun sudah lebih seminggu selepas dijumpai di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, 20 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat hari ini pemiliknya masih belum tampil.

“Bagasi itu masih belum dituntut dan kita (polis) masih menunggu pemiliknya hadir,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here