Kain pengelap dalam martabak

Kuala Lumpur, Mac.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun kepada seorang peniaga bazar Ramadan selepas cebisan kain pengelap ditemui dalam martabak dijual di gerainya.

Katanya, siasatan mendapati peniaga di bazar Desa Pandan, Kuala Lumpur, cuai dalam pengendalian makanan sehingga menyebabkan cebisan kain pengelap berada dalam martabak.“Beberapa kesalahan lain dikenal pasti dilakukan pemilik gerai, termasuk tidak membuat pengasingan jelas untuk bahan mentah dan makanan dimasak, menggunakan kain pengelap tidak bersih dan pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan.

Gambar martabak itu tular minggu lalu yang mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

KKM mengingatkan peniaga mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan pencemaran silang serta keracunan makanan.

“Cuaca panas yang sedang melanda negara juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria lebih pantas dan makanan cepat basi daripada kebiasaan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here