Malaysia ada undang-undang – KPN

Kuala Lumpur, Mac.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.

Beliau berkata, meskipun pihak terlibat merasakan mempunyai hak terhadap apa yang berlaku, namun negara mempunyai sistem perundangan yang harus dipatuhi.

Menurutnya, orang ramai atau kumpulan tertentu tidak perlu mengambil tindakan sendiri yang kononnya dirasakan wajar.”Tidak perlu kita ambil tindakan sendiri. Jangan rasa ada hak, maka kita mahu ambil tindakan sendiri.

“Tidak ada hak (melakukannya). Malaysia ada undang-undang dan kita perlu patuh kepadanya,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat. Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian individu melempar bahan letupan, molotov koktel ke arah kedai serbaneka KK Mart ekoran kes stoking tertera kalimah Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here