52.6 peratus dewasa daftar PADU

Kuala Lumpur, Apr.
Seramai 11.55 juta atau 52.6 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas sudah mendaftar dan mengemaskini profil mereka dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selepas ia ditutup tengah malam tadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata jumlah itu menjadikan 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemaskini di sistem PADU.

Sehubungan itu kata beliau, berdasarkan data berkenaan, Kementerian Ekonomi akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah Menteri bulan ini.

“Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan kerajaan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here