Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran

Kulim, Apr.
Sebuah kilang pengeluar sarung tangan terbesar yang terletak di Jalan Padang Padang Meha di sini, hampir musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 10.27 malam.

Menurutnya, pegawai bersama anggota dan jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech dan BBP Kulim dihantar ke lokasi kebakaran.Seramai 38 anggota bersama pegawai dengan dua jentera FRT, sebuah jentera Hazmat, sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan EMRS daripada BBP Kulim dan BBP Kulim Hi-Tech dikejarkan ke lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here