PERDANA MENTERI MENJALANI KUARANTIN KENDIRI

Kuala Lumpur, Ogos 30-

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, mula menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan 2.30 petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

“Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here