Dua kereta berakhir kemalangan kerana aksi himpit

Kuala Lumpur, Apr.
Pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Waja cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Kejadian berlaku sebaik kereta terbabit dihimpit sebuah Honda City dengan rakaman video kejadian itu turut tular di media sosial.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar mengesahkan kejadian itu dengan ketika kejadian Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju Kedah.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi membabitkan dua kenderaan dengan sebuah lagi iaitu Honda City dari Temerloh menuju Shah Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, Honda City dipercayai menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas. “Akibat kejadian, pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an cedera pada kepala dan tangan,” katanya di semalam.

Mohd Nasri berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here