Jerebu di Banting dan Klang

Kuala Lumpur, Apr.
Dua kawasan di Selangor merekodkan paras tidak sihat dalam bacaan indeks pencemaran udara (IPU), setakat 9 pagi hari ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kualiti udara di Klang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat hari ini iaitu 139, manakala bacaan IPU di Banting ialah pada paras 163.

Sementara itu, tiga kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan udara sihat iaitu Paka dan Kemaman di Terengganu serta Kota Tinggi di Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here