Pemandu pelancong maut ditimpa batu

Ipoh, Apr.
Seorang pemandu pelancong meninggal dunia akibat ditimpa batu di kawasan Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya menerima makluman orang awam mengenai kejadian itu pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia 44 tahun sedang membawa pelancong dari Vietnam ke Ipoh.

“Semasa berada di tempat kejadian, satu bongkah batu telah terjatuh dan mengenai kepala mangsa, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata hasil pemeriksaan pakar forensik perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala setelah ditimpa batu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here