Simpanan logistik sisa musnah dalam kebakaran di PD

Seremban, Apr.
Tempat simpanan logistik sisa bahan kimia berjadual berdekatan syarikat pengurusan sisa di Bukit Pelanduk, Port Dickson (PD), musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.58 petang sebelum jentera pertama tiba 18 minit kemudian.”Seramai 66 pegawai bomba pelbagai pangkat dari BBP Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran.

Simpanan sisa bahan kimia berjadual berkeluasan kira-kira 900 meter persegi yang musnah sepenuhnya.”Tiada mangsa dilaporkan cedera atau maut dalam kejadian itu. Api berjaya dikawal jam 8.18 malam. Sehingga jam 9 malam tadi proses pemadaman masih dijalankan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, orang ramai tidak dibenarkan mendekati kawasan berkenaan.

Sementara itu, asap tebal dapat dilihat sehingga beberapa kilometer dari sekitar Sendayan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here