‘Task force’ tangani isu jualan kambing

Shah Alam, Apr.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menubuhkan pasukan petugas bagi menangani isu penjualan kambing sama ada hidup atau yang telah disembelih seperti tular baru-baru ini.

JPV dalam kenyataan berkata, penubuhan pasukan itu bertujuan untuk mengesan ladang-ladang disyaki menjadi tempat simpanan ternakan yang tidak diketahui punca bekalan.

“Ladang-ladang yang dikenal pasti ini akan dibuat pemantauan secara proaktif oleh JPV dari sudut tahap kesihatan ternakan ladang.

“Jika ada ternakan ladang tersebut diuji positif sebagai pembawa penyakit, ia akan dikuarantin dan tindakan kawalan penyakit akan dibuat.

“Tindakan ini bagi mengekang penularan penyakit ternakan dan jangkitan penyakit zoonotik kepada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, JPV mengambil perhatian peningkatan jualan kambing dengan harga luar biasa murah kerana dikhuatiri bekalan diperolehi daripada punca yang tidak dapat dikenal pasti status kesihatan ternakan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here