7 tahun pandu BMW X6 tanpa cukai jalan

Shah Alam, Apr.

Tindakan seorang lelaki memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) selama tujuh tahun terbongkar apabila ditahan di Lebuhraya Grand Sepadu hala Bukit Raja pada Selasa.

Kenderaan tersebut ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor kira-kira jam 11.30 pagi semasa rondaan sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, selain LKM tamat tempoh, kenderaan tersebut juga tidak mempunyai perlindungan insurans.

“Kenderaan mewah itu dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun.”Alasan diberikan tidak memperbaharui cukai jalan kerana memandu untuk jarak dekat dan membeli kenderaan itu dengan tidak menukar nama,” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azrin berkata, kenderaan tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1) dan dibawa ke JPJ Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here