Sesak 17km di Lebuhraya Karak

Kesesakan sepanjang lebih 17 kilometer dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) menghala ke timur akibat pertambahan jumlah kenderaan. Jurucakap ANIH Berhad memaklumkan, setakat jam 12.04 tengah hari, kesesakan masih berterusan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) hingga ke Plaza Tol Gombak.

Pada masa ini, berlaku kesesakan kira-kira 17 kilometer bermula dari Plaza Tol Gombak hingga ke Kilometer (KM) 37.2 arah dari Gombak ke Bukit Tinggi. Selain itu, kesesakan sepanjang dua kilometer turut berlaku dari KM 40.8 hingga KM42.8 laluan Bukit Tinggi ke arah Lentang, katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, kesesakan berlaku berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang menghala ke Pantai Timur. Sementara itu, katanya keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here