Lebih 2,000 penumpang di Tawau terjejas ekoran penerbangan dibatalkan

Tawau, Apr.
Lebih 2,000 penumpang dianggarkan terjejas ekoran beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Tawau dibatalkan susulan kejadian letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia semalam.

Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Dhafiq Azizan berkata, terdapat penerbangan Airasia dan Malaysia Airlines dari Tawau dibatalkan, manakala penerbangan Firefly ditangguhkan setakat ini selain status ‘on hold’ bagi penerbangan Malindo.

“Jadual penerbangan memang ada dibatalkan, kita minta penumpang periksa dahulu status penerbangan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di lapangan terbang itu di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, ketika ini keadaan di Lapangan Terbang Tawau tetap sibuk dan dipenuhi penumpang terkandas yang cuba mencari alternatif penerbangan gantian atau pertukaran masa serta tarikh baharu.

“Kita masih buka kaunter pendaftaran masuk untuk memudahkan urusan penumpang yang mahu mengganti tarikh atau masa penerbangan baharu kerana kita tidak mahu mereka bersesak di kaunter syarikat penerbangan masing-masing kerana keadaan terhad,” katanya.

Mengenai penerbangan untuk esok, beliau berkata, setakat ini seperti dijadualkan bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perkembangan situasi dari masa ke masa yang akan dimaklumkan Jabatan Meterologi Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here