Bas merempuh 11 kenderaan di Batu Pahat

Batu Pahat, Apr.
Sebuah bas melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, dekat sini, kira-kira jam 10.40 pagi, Khamis.

Hilang kawalan akibat masalah brek dipercayai menjadi punca kemalangan itu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. “Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

“Akibatnya, bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here