Buang beras – Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf

Kuala Lumpur, Apr.
Bekas timbalan menteri dalam negeri Ismail Mohamed Said meminta maaf dan mengakui kesilapan melupuskan puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh.

Mengulas penularan isu itu di media sosial, Ismail mengakui bertanggungjawab atas perkara berkenaan dan menjelaskan semuanya adalah stok simpanan untuk diberikan kepada orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Ketua Umno Kuala Krau yang kalah pada PRU15 turut menjelaskan barangan dapur terbabit yang kini sudah rosak dibeli sebelum pilihan raya menggunakan peruntukan peribadi dan tiada sebarang pemberian kepada orang awam ketika kempen.

Katanya, tiada dana kerajaan pusat dan negeri digunakan selain ia tidak termasuk dalam peruntukan menyediakan keperluan ketika Covid-19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here