Sambutan ulang tahun ke-90 TLDM batal

Kuala Lumpur, Apr.
Sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibatalkan susulan kejadian dua helikopternya berlanggar dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi tadi.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata keputusan itu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM.“Kita akan batalkan, ganti dengan majlis bacaan doa selamat dan tahlil Jumaat ini,” katanya pada sidang media di Pangkalan TLDM Lumut Perak.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi, Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Helikopter Fennec milik TLDM dilaporkan berlanggar sebelum terhempas, mengorbankan 10 kru kapal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here