Pukul penghuni, Pemilik pembantu rumah kebajikan ditahan

Kulim, Apr.
Polis menahan seorang pemilik dan pembantu rumah kebajikan orang tua di sini susulan seorang lelaki warga emas yang juga penghuni rumah terbabit dipukul menggunakan kayu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim menerima laporan daripada seorang wanita pada jam 3.50 petang, Rabu berkaitan kes terbabit.

Katanya, terdapat empat rakaman video yang telah tular di media sosial sebelum itu.

“Kita telah menjalankan siasatan dan menahan lelaki tempatan berusia 44 tahun yang merupakan pemilik rumah kebajikan terbabit dan seorang perempuan tempatan berusia 36 tahun yang juga pembantu rumah kebajikan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang berusia 70 tahun sering mendatangkan masalah kerana nyanyuk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here