Selayang, Mahkamah Sesyen hari ini, mengenakan denda RM30,000 kepada seorang pemilik sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) kerana menjual petrol bersubsidi RON95 kepada warga asing.
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan hukuman terhadap Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selepas mengaku bersalah atas tuduhan terbabit.
Nor Rajiah juga mengarahkan Mohammad Naziruddin dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh selaku pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan diesel gagal mematuhi Arahan Pengawal Bekalan iaitu menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing dari Thailand.