Lelaki maut dibunuh 4 suspek

Kuala Lumpur, Apr.
Mayat lelaki ditemukan terbaring di hadapan bilik tidur disyaki dibunuh empat individu bersenjatakan parang, dalam kejadian di Taman Jaya, Kapar, Klang.

Ketua Polis Klang Utara S. Vijaya Rao, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kes bunuh itu, pada 11.39 pagi semalam. Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati empat lelaki bersenjatakan parang memasuki kediaman dihuni mangsa berusia 38 tahun itu.

“Seorang lagi suspek dipercayai menunggu dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya.“Polis setakat ini masih menyiasat motif sebenar kejadian berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Vijaya turut memohon orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkait kejadian menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here