Kuala Lumpur, Mac-
Enam kakitangan stesen radio Era FM dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.
Difahamkan enam kakitangan itu termasuk tiga penyampai radio stesen terbabit.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata enam individu terbabit dijadualkan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 11 pagi ini.
“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. “Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis diterima di seluruh negara membabitkan isu terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.





















