Kangar, Apr
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penahanan Mohd Shukri dibuat tengah hari ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas Pesuruhjaya PAS Perlis itu diminta hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi secara ringkas mengesahkan perkembangan itu, namun tidak mengulas lanjut.
Sumber berkata, Mohd Shukri dipanggil untuk membantu siasatan kerana dipercayai terbabit salah guna kuasa dalam pentadbiran negeri itu semenjak PN mengambil alih pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022 lalu.
Terdahulu, anak Mohd Shukri yang juga menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara enam individu direman SPRM pada Rabu minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.





















