Putrajaya, Mei.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh berkata individu yang malas, lambat bekerja dan tidak menunjukkan prestasi baik, tidak akan merasai kenaikan skim gaji penjawat awam.
Beliau berkata, kenaikan lebih 13 peratus itu hanya akan dinikmati kepada mereka yang menunjukkan prestasi membanggakan.
“Dua minggu lalu, saya ada sebut bahawa ini (kenaikan gaji) tidak terpakai untuk semua.
“Kalau rekod kerjanya itu tidak membanggakan, malas, sering lambat bekerja dan tidak memberi tumpuan yang baik maka mereka akan dipantau supaya tidak diberikan ganjaran seperti dijanjikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Rabu.