Penyanyi irama pop A Halim meninggal dunia

Pasir Gudang, Mei.
Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang di sini pada jam 10.01 pagi Khamis.

A Halim atau nama sebenarnya Halim Md Diah, 77, dimasukkan ke hospital pada 7 petang Rabu selepas mengadu sesak nafas.

Beliau mengalami lumpuh sebelah badan selepas menghidap strok sejak lima tahun lalu.

Jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Al Falah dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya Masai di sini selepas waktu zuhur.

Beliau sebelum ini tinggal bersama anak keduanya, Elly Halim di Seri Alam di sini.

A Halim mempunyai enam anak, 24 cucu dan lima cicit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here