3 pekerja Bangladesh maut tertimbus di Machang

Machang, Nov 3.
Tiga pekerja Bangladesh maut selepas dipercayai tertimbus tanah semasa melakukan kerja pembinaan tapak bagi lebuh raya dekat Kampung Maka, Pulai Chondong, di sini, semalam.

Ketua Polis Machang, Mohd Adli Mat Daud, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 2.30 petang.

“Semua mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dibawa ke Hospital Machang untuk proses selanjutnya,” katanya.

Saksi kejadian, Anies Asiykin Ariffin, 29, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan beberapa pekerja di tapak pembinaan yang meminta pertolongan daripada pemandu.

“Pada waktu itu, saya sedang memasak di dapur, jarak antara rumah saya dengan tempat kejadian kira-kira 50m, saya terkejut apabila dengar jeritan pekerja-pekerja terbabit.”

Seorang lagi saksi, Amiro Anuar, 36, terus bergegas pulang ke rumah dari tempat kerjanya di sebuah sekolah di sini, selepas menerima panggilan isterinya memaklumkan kejadian itu.

“Waktu itu, saya amat bimbang apa yang berlaku kerana rumah saya sangat dekat dengan lokasi kejadian kira-kira dalam 50m.

“Apabila sampai di rumah, saya lihat ramai orang kampung melihat kejadian dan ada beberapa anggota polis serta bomba turut berada di lokasi untuk mengeluarkan mangsa tertimbus.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here