Lapangan terbang antarabangsa baharu di Sarawak

Kuala Lumpur, Mei.
Sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu akan dibina di Kuching bagi menyokong industri penerbangan semakin berkembang dan seterusnya menjadi hab penerbangan serantau.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semakin sesak menyebabkan kemudahan sedia ada tidak mampu menampung keperluan pertambahan penumpang.

“Trafik udara di Kuching sekarang semakin bertambah dan bangunan terminal sedia ada tidak mempunyai kemudahan mencukupi untuk menampung pertambahan penumpang,” katanya menurut Harian Metro di lobi Dewan Undangan Negeri.

“Sebab itu, sudah sampai masanya kita membangunkan lapangan terbang baharu, tambahan pula kita menetapkan matlamat menjadikan Kuching sebagai hab penerbangan, bukan sahaja untuk penumpang, tetapi juga untuk hab kargo kerana kita juga sudah ada hab pelabuhan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here