Budak 12 tahun didera, pernah dikurung dalam sangkar anjing

Bayan Lepas, Mei-
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera dipercayai didera ibu bapanya, dengan mangsa turut dipercayai pernah dikurung dalam sangkar anjing.

Kejadian malang menimpa murid tahun enam itu disedari guru kaunseling di sekolah selepas menyedari kesan lebam dan luka pada belakang badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima laporan daripada guru besar sekolah jam 11.57 pagi, kelmarin.

Susulan itu, polis menahan ibu dan bapa murid terbabit masing-masing berusia 49 dan 47 tahun yang bekerja sebagai pengurus program dan jurutera di dua kilang berlainan.

Sazalee berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di rumah mereka di sebuah kondominium di Sungai Ara, dengan mangsa anak kedua pasangan itu di rotan di bahagian belakang badan pada Ahad lalu.

“Punca mangsa dirotan kerana meletakkan makanan dalam almari pakaian.

“Guru Kaunseling membuat pemeriksaan badan apabila melihat mangsa seperti kesakitan semasa di sekolah.

“Pengadu (guru besar) mengetahui mangsa dipukul selepas dimaklumkan oleh guru kaunseling,” katanya lagi.

Sazalee berkata, mangsa memberitahu sering dipukul dan pernah dikurung dalam sangkar anjing oleh suspek kira-kira dua tahun lalu.

“Murid berkenaan kini ditempatkan serta dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dimaklumkan sudah melawat mangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here