Blake, Anjing pengesan bomba K9 sudah tiada

Kuala Lumpur, Sep 20
Anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bernama Blake, mati petang semalam selepas dikesan menghidapi barah limfoma. Blake yang bertugas di Unit Anjing Pengesan (K9) terbabit dalam pelbagai misi Mencari dan Menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali, mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor, Operasi SAR kepala air di Titi Hayun, Yang, Kedah dan SAR mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak, Pahang.

Anjing pengesan dari disiplin Cadaver itu terpaksa ditidurkan jam 4.38 petang semalam, selepas didiagnosis menghidapi barah Limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sebelum dimasukkan sekali lagi ke Wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) 14 September lalu.

Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, Blake turut sempat mengikuti raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Ogos lalu. Blake dimasukkan ke Wad Veterinar selepas didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing berkenaan.Anjing Pengesan Blake adalah anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017,” katanya.

JBPM juga memaklumkan kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here