Ugutan kepada Teresa Kok -DAP kutuk keras

Kuala Lumpur, May.
Seluruh kepimpinan DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ugutan bunuh terhadap naib pengerusi parti itu yang juga Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata sebarang unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat terutamanya dalam menangani perbezaan pendapat politik.“Seluruh pimpinan DAP bersolidariti dengan beliau berdepan dengan ugutan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Loke pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada polis yang bertindak pantas selepas menerima laporan berhubung perkara itu.“Saya yakin pihak polis akan menyiasat dengan terperinci dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam kes jenayah terbabit,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan daripada Ahli Parlimen itu berhubung ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih dengan nota ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here