Harga kit ujian diri Covid-19 akan diturunkan lagi

Kuala Lumpur: Harga kit ujian kendiri Covid-19 yang sedia ada akan diturunkan lagi dalam masa terdekat. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang untuk menurunkan lagi harga.

Menurutnya, bagaimanapun ia mengambil sedikit masa peralihan untuk pembekal supaya mereka dapat menjual bekalan sedia ada terlebih dulu. Kali terakhir kita turun harga kit ujian itu, mereka beri pandangan tidak cukup masa untuk menjual bekalan sedia ada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here