Kuala Lumpur, Jan-
Seorang wanita dan remaja cedera selepas pokok tumbang dekat Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, laporan diterima pada 10.44 pagi dan ia sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membersihkan pokok itu.
“Wanita itu berusia 39 tahun, manakala remaja perempuan berusia 15 tahun. Kedua-duanya sudah dihantar ke hospital,” kata jurucakap JBPM.
Astro Radio Traffic melaporkan trafik terhalang di kedua-dua arah Jalan Pudu dan kesesakan dijangkakan dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa dan Jalan Maharajalela.
Mei lalu, DBKL berkata, ia menjadualkan penebangan untuk 28 pokok yang dikenal pasti “berisiko tinggi”.
Menurutnya, ia akan menugaskan empat kontraktor untuk penyelenggaraan pokok di setiap kawasan Parlimen di ibu negara.