Pokok tumbang dihembap – 7 kereta rosak !

Subang Jaya, May-
Sebanyak tujuh buah kereta di kawasan parkir di Taman Kinrara di sini rosak dihempap pokok susulan hujan lebat dan ribut, petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh lapan kilometer,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here