Syarikat tuntut RM500,000 dijumpai

Petaling Jaya, Mac
Sebuah syarikat mendakwa wang tunai RM500,000 dalam bagasi ditemui pengawal keselamatan semalam di pusat beli- belah dekat Damansara, milik mereka.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima satu laporan dibuat di Shah Alam oleh syarikat itu.“Laporan polis sudah dibuat di mana dikatakan wang itu adalah milik syarikat ” .

Hussein berkata pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan berusia 30-an berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada 8 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen. Katanya, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here