Mayat rentung dalam kereta terbakar

Bagan Serai, Jun-
Mayat rentung ditemui dalam kereta yang terbakar di tepi jalan berhampiran Tanah Perkuburan Cina, di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran kereta pada jam 2.05 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapat terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara terbakar sekitar 50 peratus. Pemeriksaan lanjut mendapati seorang mangsa yang belum diketahui identitinya telah hangus di bahagian pemandu.

“Lokasi kebakaran adalah di pinggir jalan dan berhampiran rumah kosong di kawasan tanah perkuburan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here