COVID-19: KES HARIAN MENUNJUK PENURUNAN KE 15, 669 KES.

Kuala Lumpur, Sept 14-

Malaysia terus merekodkan penurunan angka jangkitan harian kes COVID-19 dengan 15,669 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara setakat ini sebanyak 2,011,440 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,632 kes.

Ia diikuti Sarawak dengan 1,983 kes, Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406), Kedah (1,207), Perak (856), Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (3).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here