Dera anak angkat hingga mati – Suami, isteri ditahan

Ipoh, Jun-
Polis menahan suami isteri yang disyaki mendera anak angkat perempuan mereka berusia lima tahun hingga maut pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penahanan suspek iaitu wanita berusia 27 tahun dan suaminya berusia 66 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Beliau berkata, laporan kes diterima daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sekitar 9.45 pagi semalam yang memaklumkan mangsa dibawa ke wad kecemasan zon merah untuk menjalani bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR) sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemeriksaan terhadap mangsa yang dibawa dari Taman Malkop Silibin, di sini, ke hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh anggota badannya dan disyaki pernah dipukul menggunakan objek tumpul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here