Kenaikan harga Tomato, ayam merungsingkan pengguna

Kajang,Jun-
Pengguna telah melahirkan rasa kecewa mereka tentang kenaikan harga barangan makanan penting yang digunakan untuk memasak.

Philomena Sathappan, A. Sakthi Vel dan Philomena Lourthusamy mengadu bahawa mereka melihat kenaikan harga tomato dan ayam sejak beberapa hari kebelakangan ini. Tomato adalah sayuran yang sangat diperlukan dalam masakan seharian.

Kenaikan harga sayur-sayuran ini secara berterusan memberi kesan kepada rakyat dalam tahap kemiskinan sederhana. Mereka tidak mampu membeli sayur ini dengan harga yang terlalu tinggi.

Dahulu sekilo tomato boleh dibeli dengan Rm3 atau Rm4 . Tetapi sekarang ia dijual pada harga Rm8. Mereka melahirkan kebimbangan bahawa harga ini juga mungkin meningkat dalam beberapa hari akan datang.

Christina Gnanprakasam, yang menjual sayur-sayuran di Pasar Besar Kajang berkata dahulu dia sanggup menjual sayur-sayuran seperti tomato. Tetapi sekarang berikutan kenaikan harga, sayur-sayuran jenis ini akan kekal tak dibeli oleh orang dan oleh kerana tak dapat dijual tomato tertiggal dalam kedainya.

Dalam keadaan seperti ini, harga ayam juga telah meningkat. Peniaga Lalita Ramasamy berkata, disebabkan itu, peniaga pun tak dapat perolehi keuntungan dalam perniagaan ayam di pasar.

Sementara itu seorang pengusaha restoran Parameshwari Munyandi berkata, tomato dan ayam adalah barangan penting untuk memasak harian di restoran. Tetapi beliau tidak dapat menampung belinya kerana harga barangan makanan ini yang melambung tinggi.

Perbelanjaan seperti bayaran sewa kedai, elektrik, air, caj servis, gaji buruh harus dipertimbang rasa dalam masalah kenaikan harga ini.

Kenaikan harga barangan makanan tertentu ini akan meningkatkan lagi beban. Oleh itu, mereka meminta penyelesaian yang baik harus dicari kepada isu kenaikan harga produk ini dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here